Pasaran Pelaburan Alternatif
Pasaran Pelaburan Alternatif

Pasaran Pelaburan Alternatif

AIM atau Pasaran Pelaburan Alternatif ialah subpasaran Bursa Saham London yang dilancarkan pada 19 Jun 1955 bagi menggantikan Pasaran Sekuriti Tak Tersenarai (USM) yang telah beroperasi sejak 1980. Subpasaran ini membolehkan syarikat yang lebih kecil, kurang maju, atau mahu/memerlukan pendekatan tadbir urus untuk mengapungkan saham dengan sistem pengawalseliaan yang lebih fleksibel daripada yang diguna pakai di pasaran utama.Pada pelancarannya, AIM hanya mempunyai 10 buah syarikat dengan nilai terkumpul berjumlah £82.2 juta. Setakat Mei 2021, sebanyak 821 syarikat yang terdiri daripada subpasaran dengan purata permodalan pasaran £80 juta bagi setiap penyenaraian.[2] AIM juga telah mula menjadi bursa antarabangsa, selalunya disebabkan oleh beban kawal selianya yang rendah, terutamanya berkaitan dengan Akta Sarbanes–Oxley Amerika Syarikat (walaupun hanya satu perempat daripada syarikat tersenarai di AIM layak untuk disenaraikan di bursa saham A.S. walaupun sebelum Akta Sarbanes–Oxley diluluskan).[3] Menjelang Disember 2005, lebih 270 syarikat asing telah diterima masuk ke AIM.Kumpulan FTSE mengekalkan tiga indeks untuk mengukur AIM, iaitu Indeks FTSE AIM UK 50, Indeks FTSE AIM 100 dan Indeks FTSE AIM All-Share.